Monday, December 8, 2008

Salam Aidil Adha

Salam buat semua,
Semalam Hari Raya Korban. Alhamdulillah saya dapat juga menunaikan hajat membuat korban untuk 3 permata hati saya, Abdul Hakim, Siti Sarah dan Siti Nazirah di masjid kampung saya yang baru saja dirasmikan. Nama masjid itu, MAsjid Al-Hidayah. Terima kasih kepada Fadly yang memberi cadangan bernas semasa mesyuarat tahunan Yayasan Sulaiman untuk kami sekeluarga menyimpan sedikit setiap bulan untuk tujuan murni tersebut.
Hari ni saya dah kerja semula. Ada banyak kerja nak dibereskan kerana minggu depan saya akan bercuti seminggu. Bukan nak ke mana jauh, cuma nak luangkan masa bersama keluarga.
Tahniah buat Cikgu Lee yang dah selamat melahirkan cahaya mata perempuan. Saya terima sms beliau pagi ni.
Kepada guru-guru SSB yang bercuti, teruskan bercuti, rehat puas-puas semoga bertenaga apabila sekolah dibuka 5 Januari, 2009. Harap lebih bersemangat untuk menjalankan tugas.
Adios!

No comments: